Empower, Respect, Awesome
Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA) adalah sebuah organisasi anak muda yang berusaha menjana perubahan positif dalam kehidupan generasi muda supaya mereka berupaya menjadi ejen perubahan dan menambah nilai kepada pembangunan keluarga, komuniti, masyarakat dan negara.
Berdaftar dengan Jabatan Belia & Sukan Malaysia dan telah menerima penarafan 5 bintang pada tahun 2021, 2020 dan 2019.
Matlamat penubuhan
Mengumpulkan anak muda Malaysia di atas dasar perpaduan serta membina keperibadian diri yang baik, berhemah tinggi, moderat dan progresif.
Meninggikan taraf pendidikan dan sosio-ekonomi anak muda di Malaysia bagi mewujudkan masyarakat yang makmur dan sejahtera.
Memupuk keadilan dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan dan keruntuhan moral di kalangan masyarakat.
Menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan pihak yang berkongsi aspirasi dan matlamat GEMA bagi memajukan kepentingan masyarakat dan negara.
Visi Kami
Belia Memimpin Perubahan Positif di Malaysia
Misi Kami
Berusaha menjana perubahan positif di dalam kehidupan generasi muda, supaya mereka berupaya menjadi agen perubahan dan menambah nilai kepada pembangunan keluarga, komuniti, masyarakat dan negara.