12 JUN 2024 | LAWATAN KE PUSAT TUISYEN IKHLAS BERSAMA ROMDONGAN DARI CENTRAL MINDANAO COLLEGES
Satu program hasil kerjasama Pemuda GEMA dan Central Mindanao Colleges (CMC) dari Filipina telah mengadakan lawatan ke Pusat Tuisyen Ikhlas untuk menyantuni pelajar-pelajar cilik ini.
Beberapa modul pengajaran telah dijalankan untuk membantu pelajar dari segi penguasaan bahasa Inggeris serta pembangunan diri (self development)
Sejumlah hadiah berbentuk perkakasan elektrik telah disumbangkan oleh Central Mindanao Colleges sebagai bentuk sokongan kepada pelajar untuk terus bersemangat dalam menuntut ilmu